Pullman Zamzam Madina - Luxury hotel - Destinasi Suci

Destinasi Suci


Madinah Al Munawarah

Utusan Allah pernah bersabda: “Ya, Allah! Jadikanlah kami mencintai Madinah sebagaimana kecintaan kami terhadap Mekah atau lebih daripadanya.”

Madinah, sebuah tanah suci dengan pelbagai nama, amat kasihkan Nabi Muhammad (SAW) dan Baginda membalas kasih itu. Dengan dikelilingi bukit-bukau dan pergunungan, kawasan ini memberi perlindungan dan sokongan kepada Nabi dan pengikutnya di saat-saat yang memerlukan, lalu menjadi tanah kedua paling suci bagi Islam selepas Mekah. Bagi membuktikan kasihnya yang tidak berbelah bahagi, Nabi Muhammad (SAW) telah memilih untuk membina masjid di atas tanah yang subur ini.  

Nabi Muhammad (SAW) bersabda: “Janganlah engkau melakukan perjalanan kecuali menuju ke tiga masjid iaitu: Masjidil Haram, Masjid Nabawi dan Masjid al-Aqsa.”

Baginda menghabiskan kehidupannya yang gemilang dengan bekerja, menjalani kehidupan dan beribadah di kota ini. Dar al-Hijra yang merupakan tempat terletaknya tiga masjid tertua dalam Islam telah menjadi kubu dan obor panduan bagi Islam.

 

Masjid Nabawi

Nabi Muhammad (SAW) bersabda: “Satu solat di masjidku lebih utama daripada seribu solat di masjid-masjid yang lain kecuali di Masjidil Haram (Mekah Mukarramah).”

Masjid Nabawi ialah masjid utama di Madinah Al Munawarah, di mana terletaknya Raudhah di tengah-tengah kotanya. Nabi Muhammad (SAW) telah membina sendiri masjid tersebut pada tahun 622 Masihi dengan berbekalkan semangat Madinah selepas Baginda berhijrah.

Dalam peredaran masa, ramai khalifah, sultan dan raja telah memperbesar, memperluas dan memperbaiki tanpa memadam mercu tanda bernilai yang ditinggalkan oleh Nabi Muhammad, seperti mihrab, di mana Baginda bersolat dan bongkah kayu yang digunakan Baginda sebagai mimbar. Kubah batu megah memayungi makam Nabi telah dibina pada 1476 dan telah diwarnakan hijau pada kali pertamanya dalam tahun 1837. Khalifah Abu Bakar (R.A) dan Umar bin al-Khattab (R.A) juga disemadikan bersebelahan Nabi Muhammad (SAW) di bawah Kubah Hijau.

Hari ini, Masjid Nabawi mampu menampung sehingga 1.6 juta pengunjung dan ia merupakan satu daripada masjid terbesar di dunia. Jemaah berkunjung ke Madinah sepanjang tahun untuk beribadat di dalam ruang yang sama dengan Nabi Muhammad (SAW) di dalam tempat suci ini.

 

Perkuburan Baqi’

Perkuburan ini ialah satu daripada perkuburan terbesar dan paling dirahmati di dunia, yang terletak cuma beberapa minit dari hotel. Perkuburan ini diberi maksud “taman pokok” kerana kawasannya pernah dilitupi pokok gharqad dan ia juga dikenali sebagai Jannatul Baqi’. Perkuburan ini merupakan satu nilai sejarah yang penting kerana ia merupakan tempat bersemadinya ahli keluarga Nabi Muhammad (SAW). Semua isteri Baginda, kecuali Khadijah dan Maimunah (R.A) disemadikan di sini, bersama-sama dengan anak Baginda, Fatimah (R.A) dan Ibrahim (R.A); pak cik Baginda, Al-Abbas dan cucu Baginda, Al-Hasan bin Ali (R.A). Sahabat-sahabat Baginda, Usman bin Affan, As’ad bin Zurara dan Saad bin Abi Waqqas (R.A) juga disemadikan di sini.

 

Masjid Quba

Masjid Quba yang terletak di luar ibu kota dan hanya 15 minit pemanduan dari Pullman Zamzam Madina merupakan masjid pertama yang dibina oleh Nabi Muhammad (SAW). Nabi Muhammad (SAW) dan Abu Bakar (R.A) meletakkan batu asas dan membantu membina Masjid Quba atas dasar ketakwaan, keimanan dan ketulusan pada Allah SWT pada tahun 622 Masihi. Difahamkan bahawa Nabi Muhammad (SAW) sering ke Masjid Quba pada setiap hari Sabtu untuk menunaikan solat dua rakaat. Baginda bersabda: “Barangsiapa mendatangi masjid ini lalu bersolat di dalamnya, maka baginya sama dengan pahala Umrah.”

Di luar bangunan ini terdapat empat menara – satu di setiap sudut – dan 56 buah kubah. Karya Arabes yang rumit melingkari struktur bangunan tersebut. Sebuah pasar besar dan sebuah tapak di mana perigi suci Arees/Khatim pernah mengalir boleh diziarah di sekitar masjid.

 

Jabal Uhud

Nabi Muhammad (SAW) pernah bersabda, “Sesungguhnya Uhud mencintai kami dan kami juga mencintainya.” Gunung Syurga yang gah, yang terletak di utara Madinah, merupakan medan peperangan Islam yang kedua. Pergunungan rahmat ini boleh dilihat dari Pullman Zamzam Madina. Kemenangan sudah hampir dalam genggaman tapi para pemanah melanggar arahan dan meninggalkan posisi mereka. Lalu mereka kalah dan Nabi Muhammad (SAW) tercedera. Di atas pergunungan bersejarah ini terdapat perkuburan di mana jemaah boleh menyampaikan salam pada mereka yang syahid dan berdoa kepada Allah untuk mereka, termasuk bapa saudara Nabi Muhammad (SAW), Hamzah bin Abdul Mutalib (R.A). Pengunjung juga boleh mendaki ke puncak Jabal Rammah untuk menikmati keindahan pemandangan di kawasan sekitarnya.

Aksesaddress

Pullman Zamzam Madina ☆☆☆☆☆
Amr Bin Al Gmoh Street Madina, 41499 Madinah
Kingdom of Saudi Arabia
Tel: (+966)148210500
Fax: (+966)148211889
Email: h9245@accor.com

google_map
  • destinasi-suci
Menempah bilik
Menempah bilik
close